
OUR STORY
Perniagaan Crup Crap Crisps Enterprise merupakan sebuah perniagaan yang ditubuhkan oleh 6 orang pelajar sarjana muda pengurusan (pengajian polisi) di Universiti Malaysia Terengganu. Perniagaan ini berfokus kepada penjualan produk di bawah industri makanan. Produk Crup Crap Crisps Enterprise menawarkan makanan-makanan ringan antaranya seperti snek atau kudapan yang pelbagai jenis seperti kerepek atau manisan. Antara produk utama perniagaan yang ditawarkan adalah cookies, biskut koala, popcorn, kerepek, keropok ikan baby serta tortilla chips. Antara produk manisan yang kami jual ialah produk cookies. Produk ini asalnya dari negara luar tetapi telah dikenali dan diterima oleh rakyat Malaysia dan ia telah menjadi makanan ‘favourite’ semua orang tanpa mengira peringkat umur.Produk cookies ini terkenal dengan rasa yang sangat sedap serta kerangupannya yang luar biasa.Hal ini telah menjadikan produk cookies ini mendapat permintaan yang tinggi sebagai makanan kudapan.Produk cookies ini boleh dimakan bila-bila masa sahaja tidak mengira waktu pagi, tengah hari, petang atau malam.Hal ini menjadikan produk cookies ini kesukaan ramai. Seterusnya, produk yang kedua adalah biskut koala yang terkenal di kawasan asean. Kebanyakan yang menjualnya di thailand secara borong. Namun, Di malaysia juga biskut ini sering dijadikan untuk buah tangan,cenderahati majlis perkahwinan dan juga majlis hari jadi. Biskut koala ini mempuyai rasa coklat yang unik dan sedap, Biskutnya juga rangup dan boleh diterima oleh rakyat malaysia.Dengan itu, permintaan biskut ini juga banyak dan boleh menjualnya kepada sesiapa sahaja tidak kira peringkat umur. Dengan itu kami yakin dengan biskut koala ini akan menjadi pilihan ramai. Produk kami yang ketiga adalah popcorn. Produk ‘popcorn’ yang juga dikenali sebagai jagung tembak merupakan biji jagung yang mengembang dari isinya dan meletup ketika dipanaskan. perkataan “pop” diambil oleh bunyi pop yang terhasil apabila bijih jagung meletus. popcorn biasanya didatangkan dengan pelbagai perisa yang menarik seperti karemel, coklat, strawberry dan pelbagai perisa yang menarik. Antara produk keropok dan kerepek yang dijual ialah kerepek pisang serta kerepek ubi pelbagai perisa. Kerepek ialah kepingan sayur-sayuran ataupun buah-buahan yang dihiris nipis. Selalunya diperbuat daripada sayur-sayuran akar seperti ubi kentang, ubi kayu, atau ubi keledek. Mereka biasanya digoreng atau dibakar dan dihasilkan sebagai snek yang rangup. Kerepek merupakan makanan ringan yang popular di Malaysia. Kerepek juga didatangkan dalam pelbagai perisa dari masin hingga pedas. Malah adakalanya manis.Kerepek ini sering dijadikan sebagai kudap-kudapan dan menjadi snek kesukaan ramai terutamanya semasa musim perayaan seperti Hari Raya. Seterusnya, produk keropok yang dijual adalah produk keropok ikan baby. Keropok ikan baby sudah tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia terutamanya bagi rakyat pantai timur. Produk ini dikenali dengan rasa yang sedap dan rangup apabila dimakan. Keropok ikan baby ini diperbuat daripada ikan segar terpilih menjadikan keropok ini dijamin bersih dan halal. Adunan ikan yang dihasilkan akan dihiris nipis dan kemudian digoreng sehingga garing laku ditambah dengan perisa. Pelbagai pilihan rasa menjadikan keropok ikan baby ini mempunyai peminatnya yang tersendiri. Produk yang terakhir adalah tortilla chips. Tortilla chips merupakan snek yang diperbuat daripada kepingan tortilla jagung. Proses untuk membuat tortilla chips adalah dengan cara goreng di dalam minyak ataupun diletakkan di dalam air fryer. Tortilla yang disiap goreng akan disaluti dengan serbuk berperisa bbq cheese. Rasa yang sedap dan lazat serta tekstur yang rangup berjaya menarik minat minat orang ramai lebih2 lagi golongan yang muda. Harga yang berpatutan akan menyebabkan produk ini mendapat sambutan.
.jpeg)